Berita

Kutipan Tiket The Fate Of The Furious Cecah $900 Juta

Views
Fast 8

Filem kelapan franchise The Fate of the Furious kini sudah mengaut kutipan tiket mencecah $900 juta seluruh dunia dengan China menjadi negara penyumbang paling besar untuk pasaran luar negara dengan mengaut $ 318.9 juta selepas 10 hari tayangannya. Ia mengatasi rekod filem Transformers: Age of Extinction. Antara negara lain yang turut menyumbang kepada keuntungan filem The Fate of the Furious ialah Mexico, U.K, Ireland, Brazil, Jerman, Russia, India dan beberapa negara asia yang lain. Kutipan untuk pasaran antarabangsa dijangka akan terus meningkat apabila filem ini bakal ditayangkan di Jepun pada 28 April ini.

Walaupun mencatat penurunan sebanyak 60.8% dari kutipan tiket di US, filem ini bakal mengatasi rekod Furious 7 dalam beberapa minggu ini dan menjadikan antara filem Hollywood yang melepasi angka $1 billion dari segi kutipan tiket.

Filem yang diarahkan F. Gary Gary bermodalkan $250 juta dan dibintangi oleh beberapa pelakon ternama diantaranya Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Nathalie Emmanuel, Elsa Pataky, Kurt Russell, Scott Eastwood, Charlize Theron dan Helen Mirren. Dengan prestasi yang begitu mengagumkan ini, nampaknya pelakon-pelakon dan krew  The Fate of the Furious bakal mendapat bonus yang begitu besar nanti.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks