
Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini menjadi filem Hollywood kedua terbesar dalam era pandemik selepas mencatatkan kutipan terkumpul melebihi AS$800 juta pada minggu ketiga tayangannya.
Menurut data dari Box Office Mojo, kutipan Doctor Strange 2 kini sekitar AS$804 juta, dengan pawagam IMAX menyumbang sebanyak $55.8 juta. Filem sekuel itu kini menduduki tangga ke-11 dalam senarai kutipan filem-filem Marvel, dan penganalisis menjangkakan Doctor Strange 2 akan mengakhiri tayangan di pawagam dengan kutipan sekitar AS$900-950 juta dolar seluruh dunia.
Diarahkan oleh Sam Raimi dari lakon layar oleh Michael Waldron (Loki), Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan membawa penonton melihat pengembaraan Doctor Strange ke alam yang tidak diketahui, dengan bantuan sekutu mistik, baik yang lama mahupun yang baharu. Merentasi realiti alternatif yang sukar untuk dijelaskan dan merbahaya, Doctor Strange harus berhadapan musuh baharu yang misteri.
Barisan pelakon terdiri daripada Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Xochitl Gomez, Michael Stühlbarg, dan Rachel McAdams.