Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan (Sehingga 28 Oktober 2017)

0
1218
views

Sehingga 28 Oktober 2017, sebanyak 44 buah filem tempatan telah dimainkan di pawagam-pawagam tanah air. Dari 44 filem berkenaan, lima filem telah berjaya mengutip kutipan tiket yang memberangsangkan. Filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya mengutip RM18.12 juta (sehingga artikel ini ditulis) masih kekal ditangga teratas sebagai filem paling laris tahun ini. Kedudukan J Revolusi bakal dicabar filem baru Tombiruo yang berjaya mengutip RM5 Juta sejak ditayangkan pada 12 Oktober yang lalu. Sementara itu filem Love From Kampung Pisang (Filem Kantonis) telah ditolak ketangga ketiga selepas filem keluaran Astro Shaw berjudul Bisik Pada Langit berjaya mengutip RM 3.5 juta sepanjang tayangan.

Luqman menjadi filem ketiga yang hanya mengutip RM4 Ribu sahaja sejak mula ditayangkan. Dua filem sebelum ini iaitu Spy in Love  dan  Mendidih Bro turut mengutip RM4 ribu sahaja.

Berikut adalah kutipan tiket 48 buah filem tempatan sehingga 28 Oktober 2017. Susunan mengikut filem paling tinggi kutipan tiket.

  1. Abang Long Fadil - RM18.12 Juta
  2. J Revolusi - RM 7.1 Juta
  3. Tombiruo - RM 5 Juta (Tidak Rasmi)
  4. Bisik Pada Langit - RM 3.5 Juta (Tidak Rasmi)
  5. Love From Kampung Pisang – RM1 Juta
  6. Kimchi Untuk Awak – RM 874 Ribu
  7. Kau Yang Satu - RM 765 Ribu
  8. Lebuhraya Ke Neraka – RM 530 Ribu
  9. You Mean The World To Me – RM 520 Ribu
  10. Hospital – RM 470 Ribu
  11. Dorm Melati – RM 354 Ribu
  12. Goodbye Mr. Loser – RM 351 Ribu
  13. Money Money Home  – RM 334 Ribu
  14. Minah Motor - RM 330 Ribu
  15. Kanang Anak Langkau – RM 166 Ribu
  16. Therapist – RM140 Ribu
  17. Mrs. K - RM 134.6 Ribu
  18. 913 - The Returning - RM106 Ribu
  19. Kau Takdirku  - RM100.6 Ribu
  20. Adiwiraku – RM 99 Ribu
  21. Sindiket – RM84 Ribu
  22. I Am Lim Kah Seng – RM76 Ribu
  23. Aku Bukan Terrorist - RM66.7 Ribu
  24. Aku Haus Darahmu – RM60 Ribu
  25. Malay Regiment  - RM60 Ribu
  26. Shutter Life - RM54 Ribu
  27. New Year Wish – RM49 Ribu
  28. Kolestrol Vs. Cinta - RM 48 Ribu
  29. Maama Machan - RM 44 Ribu
  30. The Farm: En. Veettu Thottathil - RM38 Ribu
  31. Pak Pong – RM35 Ribu
  32. “Soulmate”.. Hingga Jannah – RM25 Ribu
  33. Balun - RM 22 Ribu
  34. Vettai Karuppar Ayya - RM20.5 Ribu
  35. Pencuri Hati Mr. Cinderella - RM18 Ribu
  36. Hijabsta Ballet - RM 16 Ribu
  37. Kerja Kahwin - RM 15 Ribu
  38. Kamar Seksa – 15 Ribu
  39. RIP? - RM 8 Ribu
  40. Vasantha Villas - RM 7 Ribu
  41. Puthiya  Payanam - RM 6 Ribu
  42. Luqman - RM4 Ribu
  43. Mendidih Bro - RM4 Ribu
  44. Spy In Love – RM4 Ribu

Sumber: Finas.gov.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here