Sehingga 17 November 2017, sebanyak 48 buah filem tempatan telah dimainkan di pawagam-pawagam tanah air. Dari 48 filem berkenaan, hanya lima filem telah berjaya mengutip kutipan tiket yang memberangsangkan. Filem Abang Long Fadil 2 kekal dengan kutipan RM18.12 juta (sehingga artikel ini ditulis) dan menguasai tangga teratas sebagai filem paling laris tahun ini. Manakala Tombiruo terus mengaut kutipan selepas 5 minggu ditayangkan apabila berjaya mengaut RM 8 juta, menjadikan filem kedua tertinggi tahu ini, menyingkirkan filem J Revolusi.
Sementara itu filem Love From Kampung Pisang (Filem Kantonis) telah ditolak ketangga keempat selepas filem keluaran Astro Shaw berjudul Bisik Pada Langit berjaya mengutip RM 3.5 juta sepanjang tayangannya.
Luqman menjadi filem ketiga yang hanya mengutip RM4 Ribu sahaja sejak mula ditayangkan. Dua filem sebelum ini iaitu Spy in Love dan Mendidih Bro turut mengutip RM4 ribu sahaja.
Berikut adalah kutipan tiket 48 buah filem tempatan sehingga 17 November 2017. Susunan mengikut filem paling tinggi kutipan tiket.
- Abang Long Fadil – RM18.12 Juta
- Tombiruo – RM 8 Juta (Tidak Rasmi)
- J Revolusi – RM 7.1 Juta
- Bisik Pada Langit – RM 3.5 Juta (Tidak Rasmi)
- Love From Kampung Pisang – RM1 Juta
- Kimchi Untuk Awak – RM 874 Ribu
- Kau Yang Satu – RM 765 Ribu
- Haunted Hotel – RM706 Ribu
- Lebuhraya Ke Neraka – RM 530 Ribu
- You Mean The World To Me – RM 520 Ribu
- Hospital – RM 470 Ribu
- Dorm Melati – RM 354 Ribu
- Goodbye Mr. Loser – RM 351 Ribu
- Money Money Home – RM 334 Ribu
- Minah Motor – RM 330 Ribu
- Kanang Anak Langkau – RM 166 Ribu
- Therapist – RM140 Ribu
- Mrs. K – RM 134.6 Ribu
- Shutter Life – RM109 Ribu
- 913 – The Returning – RM106 Ribu
- Kau Takdirku – RM100.6 Ribu
- Adiwiraku – RM 99 Ribu
- Sindiket – RM84 Ribu
- I Am Lim Kah Seng – RM76 Ribu
- Aku Bukan Terrorist – RM66.7 Ribu
- Aku Haus Darahmu – RM60 Ribu
- Malay Regiment – RM60 Ribu
- New Year Wish – RM49 Ribu
- Kolestrol Vs. Cinta – RM 48 Ribu
- Maama Machan – RM 44 Ribu
- The Farm: En. Veettu Thottathil – RM38 Ribu
- Pak Pong – RM35 Ribu
- “Soulmate”.. Hingga Jannah – RM25 Ribu
- Balun – RM 22 Ribu
- Vettai Karuppar Ayya – RM20.5 Ribu
- Perangsang Rentap – RM 20 Ribu
- Pencuri Hati Mr. Cinderella – RM18 Ribu
- Hijabsta Ballet – RM 16 Ribu
- Dubai My Love – RM 15 Ribu
- Asli – RM15 Ribu
- Kerja Kahwin – RM 15 Ribu
- Kamar Seksa – 15 Ribu
- RIP? – RM 8 Ribu
- Vasantha Villas – RM 7 Ribu
- Puthiya Payanam – RM 6 Ribu
- Luqman – RM4 Ribu
- Mendidih Bro – RM4 Ribu
- Spy In Love – RM4 Ribu
Sumber: Finas.gov.my