Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan, Bidong The Boat People Mendahului Kutipan Paling Rendah Tahun Ini

Filem arahan Yusuf Kelana, Bidong The Boat People secara rasminya menjadi filem paling rendah kutipan tahun ini apabila hanya mengutip sekitar RM3.5 ribu sahaja. Lebih malang, filem bertemakan sejarah itu hanya mampu bertayang dipanggung wayang selama 7 hari sahaja.

Filem terbitan YKS Film Maker Sdn. Bhd. telah menelan belanja RM 1.3 juta dan kutipan tersebut tidak sampai 1% dari modal pembikinan filem tersebut.

Sementara itu, filem aksi arahan Syafiq Yusof, KL Special Force terus mendominasi senarai kutipan tiket filem tempatan tahun ini apabila kutipan filem tersebut telah mencapai RM5 juta. Filem yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin itu telah ditayangkan pada 8 Mac yang lalu di 90 buah pawagam dan masih ditayangkan sehingga kini.

Sebuah lagi filem tempatan yang ditayangkan pada bulan ini, Get Hard arahan Chan Wai Cheong hanya dapat mengaut RM 73.9 ribu sahaja sejak ia ditayangkan pada 8 Mac itu. Filem paling kontroversi tahun ini menampilkan bekas pelakon filem Ola Bola, JC Chee selaku pelakon utama.

Berikut adalah senarai kutipan filem tempatan sehingga 15 Mac 2018

KL Special Force – RM 5,47 juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 134,324
Best Story – RM 123,077
Amazing Titanman – RM 92,634
Badang – RM 74,148
Get Hard – RM 73,925
Busker – RM 68,739
Surf This Love – RM 38,231
Bidong The Boat People – RM 3,536

Jumlah keseluruhan kutipan tiket = RM 2.1 juta

Sumber: Finas

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Leave a Comment