Filem terbaru Universal Pictures, Dr. Seuss’ The Grinch yang baru ditayangkan berjaya meraih $78 juta dolar seluruh pada minggu pertama tayangannya. Kutipan tersebut termasuk kutipan domestik Amerika Syarikat (AS) sebanyak $66 juta dolar dan kutipan antarabangsa sebanyak $12.7 juta. Diarahkan oleh Scott Mosier dan Yarrow Cheney, filem animasi ini disuarakan oleh pelakon filem Doctor Strange, Benedict Cumberbatch.
Sementara itu, Bohemian Rhapsody mencatat penambahan kutipan pada minggu kedua sebanyak $30 untuk pasaran domestik AS dan $63 juta dolar untuk pasaran antarabangsa. Filem biopik Freddie Mercury yang dibintangi Rami Malek kini mengumpul $285 juta dolar setakat ini.
Filem-filem lain seperti Overlord berjaya mengutip kutipan sebanyak $19.3 juta dolar seluruh dunia pada minggu pertama tayangan, manakala filem terbitan Disney,The Nutcracker and the Four Realms kini mengumpul $96.7 dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 2 November yang lalu. The Girl in the Spider’s Web terbitan Sony pula meraih $12.76 juta pada minggu pembukaan dan terakhir, A Star Is Born menambah $15 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak $322.8 juta seluruh dunia.