Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Spider-Man: Far From Home Kini Telah Mencecah $309 Juta

Filem terbaru Marvel, Spider-Man: Far From Home berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $91 juta di pasaran domestik Amerika Syarikat sejak ia mula ditayangkan 2 Julai yang lalu.

Manakala untuk pasaran antarabangsa, filem tersebut mencatatkan kutipan sebanyak $218 juta dolar, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak $309 juta dolar. China menjadi penyumbang terbesar untuk pasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $98 juta dolar.

Dengan prestasi memberangsangkan ini, Spider-Man: Far From Home dijangka mampu meraih $500 juta dolar menjelang hujung minggu ini.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment