Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Ready Player One Sudah Lepasi $300 Juta


Filem sains fiksyen pengembaraan arahan Steven Spielberg, Ready Player One terus menambah kutipan tiket pada minggu kedua tayangannya. Menurut laman web Comingsoon.net, kutipan tiket Ready Player One kini sudah melepasi angka $300 juta dolar seluruh dunia.

Antara penyumbang terbesar kutipan tiket adalah dari negara China apabila berjaya mengaut hampir $143 juta. Malah filem tersebut menjadi filem paling laris keluaran Warner Bros. di negara tersebut. Selain itu juga, Ready Player One turut menguasai carta nombor 1 di beberapa negara seperti France, Italy, Spain, Brazil, Mexico, Russia dan Australia.

Dihasilkan dengan modal sebanyak $175 juta, filem Ready Player One dibintangi oleh Tye Sheridan, Olivia Cooke, Hannah John-Kamen, dan Ben Mendelsohn. Filem berlatarbelakangkan zaman 2045 dimana dunia dalam keadaan kacau bilau. Apabila pencipta dunia realiti maya OASIS mati, penciptanya telah melancarkan video di mana dia mencabar semua pengguna OASIS untuk mencari ‘easter egg’ yang tersembunyi dalam permainannya sebelum kematiannya, Pemenangnya akan memiliki kekayaannya yang cukup banyak

Ready Player One sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee