Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Pembukaan X-Men: Dark Phoenix Mengecewakan


Filem terbaru X-Men: Dark Phoenix dilihat sukar untuk menepati sasaran kutipan sebanyak $50 juta dolar pada minggu pembukaan apabila hanya mampu meraih $14 juta dolar sahaja pada tayangan pembukaan Jumaat lalu.

Penganalisis menjangkakan, Dark Phoenix hanya mampu meraih sekurang-kurangnya $34 juta dolar pada minggu pertama tayangan, jauh dari sasaran yang ditetapkan.

Kutipan mengecewakan itu meletakkan Dark Phoenix ditangga paling bawah kutipan minggu pembukaan siri X-Men, dibelakang filem The Wolverine arahan James Mangold yang mengutip $53.1 juta dolar pada tahun 2013.

Studio Disney dan Fox kini mengharapkan prestasi yang baik dipasaran antarabangsa bagi mengurangkan jurang kutipan dengan modal pembikinan yang mencecah $200 juta dolar.

Jika kutipan antarabangsa juga mengecewakan, Dark Phoenix mungkin akan menjadi filem X-Men pertama yang gagal dari segi kutipan box office dan juga kritikan.


X-Men: Dark Phoenix hanya menerima 22% dari laman Rottentomatoes dan 6/10 dilaman IMDb