Kutipan Pembukaan IT: Chapter Two Sedikit Suram Berbanding Filem Pertama

154
views

Filem pertama IT yang diterbitkan pada 2017 telah berjaya melepasi jangkaan pemerhati apabila berjaya mencatatkan kutipan yang cukup memberansangkan pada minggu pertama tayangannya.

Namun filem kedua IT: Chapter Two dilihat agak sukar untuk mengejar kutipan filem pertama apabila hanya mampu meraih $37.4 juta dolar pada tayangan hari pembukaan berbanding $50 juta dolar yang dicatatkan filem pertama IT.  Penganalisis menjangkakan, IT: Chapter Two akan mencatatkan kutipan sekurang-kurangnya $90 juta dolar menjelang hujung minggu ini, sedikit rendah dari sasaran awal iaitu sebanyak $110 juta dolar.

Untuk pasaran antarabangsa, kutipan yang dicatatkan tidak begitu mengecewkan apabila berjaya meraih $39 juta dolar pada hari pembukaan, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak $76.4 juta dolar.

IT: Chapter Two mengisahkan tentang ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here