
Filem sekuel Shazam! Fury of the Gods nampaknya bakal menjadi box office flop terbesar tahun ini apabila kutipan minggu pertama tidak mencapai angka yang diharapkan. Selepas seminggu dilancarkan di pawagam A.S, sekuel Shazam! itu hanya mampu mengutip AS$36.6 juta, kutipan yang kurang baik lebih-lebih lagi selepas filem ini membuka tayangannya dengan kutipan AS$30.5 juta.
Lebih mengecewakan, kutipan minggu pembukaan Shazam! -56% lebih rendah dari pesaingnya, Black Adam, yang merekodkan kutipan minggu pertama sebanyak AS$67 juta. Malah, kutipannya lebih rendah dari filem paling teruk Marvel, Morbius, yang mengutip AS$39 juta pada minggu pembukaan.
#ShazamFuryOfTheGods finished its underwhelming opening week with only $36.6M after 7 days. That's:
— Gitesh Pandya (@GiteshPandya) March 24, 2023
-22% vs Morbius
-48% vs #Shazam
-56% vs #BlackAdam
+8% vs DC League of Super Pets
May get to about $49M thru 2nd wknd #boxoffice & maybe $75M final. Super low for superhero pic!
Walaupun kutipan minggu pembukaan kurang memberangsangkan, Shazam! Fury of the Gods mungkin dapat diselamatkan sekiranya minggu kedua dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dari minggu pembukaan. Tambahan pula, dengan kos pembikinan yang jauh lebih rendah dari Black Adam, diharapkan Shazam! Fury of the Gods dapat mencatatkan keuntungan sepanjang tayangannya.
Shazam! Fury of the Gods menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.
Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakon Kill Bill, Lucy Liu. Bintang West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.
Shazam! Fury of the Gods sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit.