Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Minggu Pembukaan Maleficent: Mistress of Evil Buktikan Angelina Jolie Masih Berbisa


Filem terbaru lakonan Angelina Jolie, Maleficent: Mistress of Evil membuka minggu pertama tayangan dengan kutipan sebanyak $153 juta dolar seluruh dunia. Bagaimanapun, untuk pasaran domestik, filem sekuel ini gagal menyaingi kutipan filem pertama apabila hanya mampu mengutip $36 juta dolar berbanding $69.4 juta dolar yang dicatatkan pada tahun 2014.

Dipasaran antarabangsa, Mistress of Evil mengutip sebanyak $117 juta dolar, membuktikan Angelina Jolie masih lagi mampu menarik minat penonton seluruh dunia.

Filem terbitan Warner Bros. / DC, Joker jatuh ditangga kedua carta Box Office Amerika Syarikat dengan mengutip $29.2 juta dolar pada minggu ketiga tayangannya, menjadikan jumlah kutipan domestik sebanyak $247.2 juta dolar. Joker kini telah melepas angka $700 juta seluruh dunia dengan kutipan keseluruhan sebanyak $737.5 juta dolar dan berpeluang mengatasi kutipan beberapa filem adiwira DC seperti Suicide Squad dan Wonder Woman. 

Filem sekuel Zombieland: Double Tap telahpun ditayangkan di Amerika Syarikat dan berjaya mencatatkan kutipan diluar jangkaan apabila meraih $26.7 juta dolar, mengatasi kutipan filem pertama yang mencatatkan kutipan sebanyak $24.7 juta dolar. Filem arahan Ruben Fleischer ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 31 Oktober.

Sementara itu,  filem animasi terbitan MGM The Addams Family menamban sebanyak $16 juta dolar pada minggu lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $56 juta dolar.


Filem lakonan Will Smith, Gemini Man terus gagal di pentas box office domestik AS apabila hanya mampu mengutip $8.5 juta dolar. Bagaimanapun di pasaran antarabangsa, Will Smith seperti Jolie, apabila filem lakonannya berjaya meraih $82.2 juta dolar menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak $118.7 juta dolar.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Sah Bawa Watak Harley Quinn Dalam Filem Sekuel “Joker”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee