Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Jurassic World: Fallen Kingdom Kini Mencecah $711.5 Juta Dollar.

Filem sekuel Jurassic World yang juga filem kelima dalam franchise Jurassic Park, Jurassic World: Fallen Kingdom kini telah mengumpul kutipan tiket sebanyak $711.5 juta dollar seluruh dunia. Filem tersebut yang telah ditayangkan di Malaysia serta beberapa negara lain pada 7 Jun yang lalu baru mula ditayangkan di AS (Amerika Syarikat) pada Jumaat lepas (22 Jun).

Jurassic World: Fallen Kingdom berjaya meraih $150 juta dollar pada minggu pembukaan tayangan di AS, kurang 28% kutipan filem pertama, Jurassic World (2015) yang meraih $208 juta dollar.

Untuk pasaran antarabangsa, filem ini menambah $106.7 juta lagi manakala kutipan di China dilaporkan telah melepasi angka $200 juta dollar. Sementara itu, Malaysia telah menyumbang sebanyak $9.1 juta dolar sejak ia ditayangkan awal bulan ini.

Diarahkan oleh J.A. Bayona, filem ini menyaksikan usaha Owen Grady (Chris Pratt), Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) dan beberapa rakannya untuk menyelamatkan beberapa spesis Dinosor dari kembali pupus akibat letusan gunung berapi di kepulauan Isla Nublar. Bagaimanapun misi mereka sebenar merupakan muslihat oleh sebuah organisasi yang mahu memiliki Dinosor untuk tujuan tertentu.

Selain Chris Pratt dan Claire Dearing, Jurasssic World: Fallen Kingdom turut dibintangi oleh James Cromwell, Ted Levine, Justice Smith, Geraldine Chaplin, Daniella Pineda, Toby Jones, Rafe Spall, Isabella Sermon, BD Wong dan Jeff Goldblum.

Jurassic World: Fallen Kingdom masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

SUNDANCE FILM FESTIVAL WINNER CHARM CITY KINGS DEBUTS 9 MARCH ON HBO GO AND HBO

Kakimuvee

Rapper T.I. Tidak Kembali Dalam “Ant-Man and Wasp: Quantumania”

Kakimuvee

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman