Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Global Black Panther Cecah $704 Juta

Walaupun kurang dua minggu ditayangkan, kutipan tiket filem terbaru Marvel, Black Panther kini sudah mencecah $704 juta dolar seluruh dunia. Black Panther menambah $108 juta dolar pada minggu kedua untuk pasaran domestik, menjadikan jumlah terkumpul kini sudah mencecah $400 juta dolar.

Black Panther menjadi filem Marvel paling pantas mendapat kutipan tiket sehingga $400 juta iaitu dalam tempoh 10 hari sahaja, mengatasi rekod yang dipegang oleh filem The Avengers yang mengumpul lebih $400 juta dalam tempoh 14 hari.

Untuk pasaran antarbangsa, Black Panther berjaya menambah $83.8 juta dan menjadikan jumlah terkumpul untuk pasaran antarabangsa kini mencecah $304 juta. Britain menjadi penyumbang terbesar kutipan antarabangsan filem ini dengan kutipan sebanyak $41.2 juta diikuti Korea Selatan dengan kutipan sebanyak $36.0 juta. Pasaran Malaysia menyumbang $8 juta, dibelakang Indonesia yang mengutip $9.7 juta dolar.

Filem arahan Ryn Coogler ini dijangka akan terus menambah kutipan tiket apabila akan ditayangkan di Jepun pada minggu hadapan dan China pada 9 Mac ini.

Dengan prestasi yang diitunjukkan, tidak mustahil kutipan filem Black Panther akan mencecah $ 1billion seluruh dunia.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment