Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Avengers: Infinity War Kini Sudah Mencecah $857.3 Juta

Filem Avengers: Infinity War semakin menghampiri kutipan $1 Billion apabila jumlah terkumpul kutipan tiket setakat ini sudah mencecah $857.3 juta. Untuk pasaran domestik, filem ketiga Avengers itu menambah $16.7 juta menjadikan jumlah terkumpul kini sebanyak $322.6 juta manakala untuk pasaran antarabangsa, sebanyak $32.2 juta dolar telah dikutip dengan jumlah terkumpul sebanyak $534.7 juta.

Dengan jumlah terkini Thor: Ragnarok ($854 juta), Wonder Woman ($822 juta) dan Spider-Man ($822 juta) seluruh dunia.

Kutipan filem Avengers: Infinity War di Malaysia telah bertambah dari $8.4 juta minggu lepas kepada $11.7 juta. UK menjadi penyumbang terbesar untuk pasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $51.3 juta diikuti Korea Selatan sebanyak $50.9 juta. Filem ini dijangka akan terus menambah kutipan tiketnya apabila ia mula ditayangkan di negara China pada 11 May ini.

Avengers: Infinity War mengisahkan tentang sekumpulan superhero Marvel yang perlu bersatu menghalang Thanos dari mengumpulkan batu-batu Infiniti dan mengelakkan galaksi musnah disebabkan oleh Thanos. Filem yang paling dinantikan pada tahun ini sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air. Jangan lepaskan peluang menonton dan merasai pengalaman hebat filem ini di panggung wayang

Related posts

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating