Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Kutipan “Air Force The Movie” Kini Mencecah RM13 Juta


Cuti hari kebangsaan nampaknya digunakan sebaiknya oleh penonton tempatan untuk keluar menyaksikan filem aksi perang terbaru, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Sejak ia ditayangkan dipawagam 7 hari yang lalu, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini telah mengumpul kutipan tiket sebanyak RM13 juta.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Adi Putra membintangi filem ini disamping Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa merupakan hasilkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Medi.


Selain mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan di beberapa negara Asia Timur termasuklah Jepun dan Korea Selatan. 


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee