Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan 4 Hari Black Panther Atasi Kutipan Justice League

Black Panther kini telah berjaya mengatasi kutipan tiket filem Justice League walaupun filem tersebut baru sahaja ditayangkan dipawagam beberapa hari yang lalu. Menurut laman hiburan Movieweb.com, kutipan domestik Black Panther sepanjang 4 hari tayangan kini telah mencecah $235 juta sekaligus mengatasi kutipan domestik filem Justice League yang mengutip $228.6 juta sepanjangan tayangan di pawagam.

Filem terbaru Marvel itu juga dijangka dengan mudah mengatasi kutipan box office filem Justice League dalam tempoh beberapa hari ini. Untuk info, Black Panther kini telah mengumpul $404 juta seluruh dunia manakala kutipan Justice League adalah sebanyak $658 juta seluruh dunia.

Diarahkan oleh Ryan Coogler, Black Panther bukan sahaja menunjukkan prestasi positif dari segi kewangan, malah filem ini dipuji banyak pihak termasuklah Michelle Obama isteri kepada Barrack Obama, bekas presiden US.

Black Panther kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee