Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kurt Cobain Menjadi Inspirasi Untuk Watak Bruce Wayne Versi Robert Pattinson

The Batman jelas sekali akan menyampaikan gambaran ‘Dark Knight’ yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Berdsarkan trailer penggoda, kedengaran lagi ‘Something In They Way’ dari kumpulan Nirvana, dan ia sebenarnya mempunyai pekara yang lebih penting dari apa yang kita sedari pada masa itu.

Semasa bercakap kepada Empire Online, pengarah Matt Reeves berkongsi sedikit butiran lanjut mengenai watak Bruce Wayne, dan bagaimana vokalis dan gitaris kumpulan Nirvana, Kurt Cobain, memberi inspirasi pada Dark Knight. 


Apabila saya menulis, saya mendengar muzik, dan semasa saya menulis lakonan pertama, saya memasang lagu ‘Something In The Way’ dari kumpulan Nirvana,'” ujar Matt Reeves.

“Ketika itulah datangnya idea kepada saya. Dari menjadikan Bruce Wayne versi playboy seperti yang pernah kita lihat sebelum ini, ada versi lain yang telah melalui tragedi yang hebat dan menjadikannya seorang yang menyendiri. Jadi, saya mula mengaitkannya dengan filem Last Day arahan Gus Van Sant, dan idea versi fiksyen Kurt Cobain.”

Robert Pattinson turut berkongsi pandangannya tentang watak Bruce Wayne: “Bruce telah bersembunyi. Dia sebenarnya bukan seorang sosialit sama sekali. Dia sedang membina semua mesin dan peralatan kecil, dengan Alfred. Malah, Alfred juga menganggapnya sudah gila!.” 

Pattinson menjelaskan bagaimana hari-hari awal Bruce sebagai Batman, “Dia telah keluar setiap malam selama dua tahun, dipukul dan ditembak dan ditikam dan dibakar, dan semuanya ditunjukkan,”

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee