Kurang yakin akan kejayaan filem Awang Gerudi menjadi sebab salah seorang pelakon filem tersebut, Zoey Rahman tidak mempromosikan filem lakonannya itu.
Ketika berkata kepada laman BH Online, Zoey turut memberitahu bahawa ramai yang memberikan komen negatif selepas melihat trailer filem tersebut serta tidak yakin usahanya mempromosikan filem Awang Gerudi akan menarik minat penonton.
“Ramai yang sudah menonton sedutan filem itu rata-rata memberikan komen negatif. Biarpun saya gigih mempromosikan filem itu, saya tidak yakin usaha itu dapat membantu menarik penonton ke pawagam,”
Terdahulu, pengarah veteran Z Lokman tampil mendedahkan dua pelakon utama dalam filem terbarunya tidak mahu mempromosikan filem lakonan mereka tanpa sebarang alasan munasabah.
Awang Gerudi yang turut dibintangi Ika Nabila, Aprena Manrose, Abon, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin bakal menemui penonton pada 27 Disember ini.