Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Kurang Terima Tawaran Berlakon, Delimawati Kecewa Dipinggirkan Penerbit & Pengarah

Seperti pelakon-pelakon veteran yang lain, pelakon Delimawati Ismail turut meluahkan perasaannya apabila kurang menerima tawaran berlakon dari mana-mana penerbit dan pengarah.

Menurut bekas pelakon filem Hantu Kak Limah itu, dia terpaksa rehat dari dunia lakonan selama lima bulan sebelum diundang sebagai artis jemputan ke program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Sekarang stesen televisyen memberi watak emak kepada pelakon berusia 40-an. Saya yang dalam kelompok usia 60-an tidak dipandang lagi. Mereka hanya fikirkan saya untuk mengisi watak nenek atau menjadi hantu. Sejak tidak ditawarkan berlakon, saya hanya duduk di rumah dan mempunyai niat untuk berniaga tetapi tidak mampu. Saya ini bukannya muda lagi. Kalau berniaga pun, tak larat hendak mengangkat barang.

“Apatah lagi saya mengalami masalah ‘slipped disc’. Angkat berat mesti sakit belakang. Kalau saya berlakon, tidak boleh hendak berdiri lama-lama, apatah lagi berniaga,” katanya yang dipetik dari BH Online.

Untuk info, Delimawati pernah membintangi beberapa filem tempatan yang lain seperti Abang Long Fadil 2, Rumah Sewa RM50, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Sniper. 

Sumber: Cinema Online / BH Harian

Related posts

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Leave a Comment