Penerbit filem Lebuhraya ke Neraka, menolak kurangnya promosi menjadi faktor filem arahan Mamat Khalid kurang mendapat sambutan dari peminat-peminat filem tempatan
Menurut pengurus Besar Kandungan Inovasi dan Digital Primeworks Distribution, Marini Ramlan berkata, pihaknya sudah menjalankan pelbagai kempen promosi bukan saja di media tradisional, tetapi juga di media-media sosial.
Sehingga hari terakhir filem berkenaan ditayangkan dan ianya hanya mampu mencatat kutipan sebanyak RM530,000 sejak mula ditayangkan pada 4 Mei lalu.
Menurut Marini, genre filem itu lebih bersifat alternatif dan sasaran penontonnya adalah terhadap golongan tertentu saja.
“Mungkin disebabkan itu, kehadirannya kurang dirasai. Peminat Mamat juga mungkin selesa dengan filem-filem komedi arahannya tetapi tidak ramai yang menyokong apabila dia menghasilkan filem bercorak ketuhanan,”
Marini berkata, filem lakonan Awie, Khir Rahman, Dazrin Kamarudin, Shahz Jaszle, Pekin Ibrahim dan Miera Leyana ini mula ditayangkan di HyppTV dan pihak Primeworks akan terus menjalankan promosi sehingga ke luar negara.
Sumber: Harian Metro