Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kurang 2 Minggu Ditayangkan, Deliver Us From Evil Mencatat 3 Juta Penonton

Filem aksi Korea Selatan, Deliver Us From Evil terus mencatat rekod baik di pentas box office apabila berjaya melepasi angka 3 juta penonton dalam tempoh 11 hari tayangan.

Sebelum ini, filem arahan Hong Won Chan telah mencipta kejutan apabila mencatatkan jumlah 1 juta penonton pada hari keempat tayangan, dan 2 juta penonton pada hari kelima, sekaligus menjadikan filem Korea terpantas pada musim panan yang berjaya mencapai sejumlah 2 juta penonton.

Walaupun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, filem ini mencapai angka 3 juta lebih pantas dari filem aksi jenayah yang lain seperti The Outlaws dan Believer yang mencatatkan 3 juta penonton pada hari ke-12 tayangan.

Bagi meraikan pencapaian hebat itu, dua poster istimewa Deliver Us From Evil telahpun dilancarkan. Anda boleh saksikannya dibawah

Deliver Us from Evil merupakan sebuah filem aksi yang berkisar tentang In Nam (lakonan Hwang Jung Min), seorang pembunuh upahan yang ingin menyelesaikan tugasan terakhir dan merancang untuk bersara. Dia kemudiannya mengetahui kes penculikan di Thailand, dan kes tersebut mempunyai kaitan dengannya.

Dia kemudiannya pergi ke Thailand bersama-sama pembantunya Yoo-Yi (Park Jung-min) untuk menyesalaikan kes penculikan, namun dia mendapati dirinya diburu Ray (lakonan Lee Jung Jae), seorang lelaki yang berdendam dengannya kerana telah membunuh adik lelaki tersebut.

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

Leave a Comment