Slot Tempatan

Kuman Pictures Bakal Hasilkan 3 Filem Terbaru

Views

Selepas menghasilkan Roh, syarikat produksi Kuman Pictures mengumumkan senarai filem terbitan mereka untuk tahun 2021. Menerusi perkongsian dilaman Facebook, Kuman Pictures bakal menerbitkan tiga buah filem terbaru berjudul Ceroboh, Die Die Top Student dan Kerek. 

Ceroboh diarahkan Feisal Azizuddin dari lakonlayar yang dihasilkan Chong Feng Fatt. Filem  bergenre thriller ini akan berkisar tentang makhluk asing, paranoia dan pencerobohan minda.

Die Die Top Student merupakan filem seram komedi arahan We Jun dan lakonlayar dari Lim Boon Siang, manakala Kerek diarahkan Ali Yazid dari lakonlayar yang ditulis Qayyum Yazid dan Alif Yazid. Kerek merupakan filem thriller mengenai asrama sekolah, pembunuhan tanpa sengaja dan akibatnya.

Ketiga-tiga filem ini sudah pun melalui beberapa draf skrip, dan penggambaran akan dimulakan dengan filem Ceroboh pada Disember ini.

Dalam pada itu, selain tiga filem terbaru yang diumumkan, filem Kuman Pictures iaitu Roh kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Selain itu, mereka juga kini sedang menunggu slot tayangan filem IRUL Ghost Hotel dan Rahsia yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 2021 yang mana Kuman Pictures bertindak sebagai Penerbit Bersekutu dengan Astro Shaw.

Sumber: Cinema Online

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares