Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kumail Nanjiani Dan Rafe Spall Bintangi Spin Off Men in Black

Filem spin off Men in Black menambah beberapa pelakon lagi iaitu Kumail Nanjiani (The Big Sick) dan Rafe Spall (Life of Pi). Mereka turut disertai penari profesional iaitu Laurent Nicolas dan Larry Nicolas Bourgeois atau juga dikenali sebagai Les Twins.

Buat masa ini, plot filem spin off Men in Black masih tidak diketahui, tetapi terdapat sumber mengatakan filem ini akan berlatarbelakangkan kota London.

Dua pelakon asal iaitu Will Smith dan Tommy Lee Jones tidak akan kembali dalam filem kali ini, tetapi ia akan mengembangkan cerita dari trilogi asal.

Spin off Men in Black ini akan diarahkan oleh pengarah filem The Fate of the Furious,  F. Gary Gray dan ditulis oleh Matt Holloway & Art Marcum. Penerbit franchise asal iaitu Walter Parkes dan Laurie MacDonald akan menerbitkan filem ini bersama-sama penerbit eksekutif, Steven Spielberg.

Trilogi asal diarahkan oleh Barry Sonnenfeld dan ketiga-tiga filem itu telah berjaya mengaut lebih $1.6 billion seluruh dunia. Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan filem spin off ini.

Sumbre: Comingsoon.net

Related posts

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

SUNDANCE FILM FESTIVAL WINNER CHARM CITY KINGS DEBUTS 9 MARCH ON HBO GO AND HBO

Kakimuvee

Rapper T.I. Tidak Kembali Dalam “Ant-Man and Wasp: Quantumania”

Kakimuvee

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman