Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”


Krysten Ritter (Breaking BadJessica Jones) secara rasmi menyertai Elizabeth Olsen dalam minisiri jenaha HBO Max, Love and Death, yang diterbitkan oleh David E. Kelley dan Nicole Kidman. Ritter akan memainkan watak Sherry Cleckler, rakan baik Candy Montgomery (lakonan Elizabeth Olsen), wanita Texas yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Betty Gore.

Ini menandakan projek TV terbaru Ritter dalam lebih dari dua tahun sejak membintangi siri Marvel Netflix, Jessica Jones yang menamatkan siaran tiga musimnya pada tahun 2019. Dia kini membintangi filem fantasi gelap Netflix Nightbooks dari penerbit Sam Raimi.

Love and Death berdasarkan buku Evidence of Love: A True Story of Passion and Death in the Suburbs oleh Jim Atkinson dan Joe Bob Briggs, serta artikel dari Texas Monthly. Sinopsis untuk siri ini adalah, “Dua pasangan yang pergi ke gereja, menikmati kehidupan keluarga di kota kecil di Texas, hingga seseorang mengambil kapak.”

Siri terhad ini akan dibintangi oleh Elizabeth Olsen (WandaVision) sebagai Candy Montgomery, Jesse Plemons (Jungle Cruise) sebagai Allan Gore, Lily Rabe (American Horror Story) sebagai Betty Gore, Patrick Fugit (Outcast) sebagai Pat Montgomery, Keir Gilchrist (Atypical) sebagai Pastor Ron Adams, Elizabeth Marvel (House of Cards) sebagai Pastor Jackie Ponder, dan Tom Pelphrey (Ozark) sebagai Don Crowder.

Love and Death akan ditulis dan diterbitkan oleh David E. Kelley (The Undoing) dengan Lesli Linka Glatter (Mad Men) sebagai pengarah. Penerbit ekskutif terdiri daripada Glatter, Nicole Kidman, Per Saari. Scott Brown, Megan Creydt, Matthew Tinker, Michael Klick, dan Helen Verno.



Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’

Kakimuvee

Siri HBO “The Last of Us” Dedah Rakaman Pertama

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee