Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Krysten Ritter Sebagai Ahli Sihir Jahat Dalam Trailer Filem Fantasi Seram Netflix, “Nightbooks”


Netflix telah melancarkan trailer rasmi Nightbooks arahan David Yarovesky, sebuah filem fantasi seram yang diadaptasikan dari buku kanak-kanak berjudul sama karya J.A. White. Dibintangi Krysten Ritter (Jessica Jones), filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 15 September, eksklusif di Netflix. 

Trailer tersebut, yang anda boleh lihat dibawah bersama poster rasmi, bermula dengan seorang budak lelaki yang mendapati bahawa dia telah menjadi tahanan di sebuah pangsapuri ahli sihir jahat. Untuk bertahan dari kemarahan ahli sihir itu, dia harus membuktikan bahawa dia berguna kepadanya dengan mengemukakan cerita-cerita seram untuk diceritakan kepadanya setiap malam.

Nightbooks mengisahkan seorang budak lelaki bernama Alex yang menjadi tawanan ahli (Krysten Ritter); untuk mengelakkan kematian, dia meyakinkannya untuk membiarkan dia menceritakan kisah menakutkan setiap malam.

Setelah menemui orang suruhan ahli sihir, Yazmin, kedua-duanya mesti menggunakan akal mereka untuk melarikan diri dari apartmennya, sebuah labirin ajaib yang dipenuhi dengan pelbagai bahaya, sebelum ahli sihir itu membunuh mereka berdua.

David Yarovesky, yang terkenal menerusi filem superhero seram Brightburn, mengarahkan filem ini, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis. Pencipta Evil Dead, Sam Raimi dan Robert Tapert berfungsi sebagai penerbit ekskutif. Turut membintangi filem ini adalah Winslow Fegley dan Lidya Jewett.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee