KRU Studio dilaporkan akan menghasilkan sebuah filem animasi berjudul “Wheely” tidak lama lagi. Diinispirasikan dari filem animasi popular Cars, filem kedua dari KRU Studio ini akan mengisahkan tentang dunia kenderaan dimana manusia digantikan dengan kenderaan, mirip seperti yang ditunjukkan dalam filem animasi yang dibintangi oleh Owen Wilson itu.
Menurut orang kuat KRU Studio, Dato’ Norman Abdul Halim, filem Wheely yang bakal diterbitkan oleh mereka ini akan berwajah Malaysia walaupun diinsiprasikan dari filem keluaran Disney itu. Ia juga akan berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur dan menukarkan nama bandar Kuala Lumpur kepada “Gasket City” nanti.
Bercakap dengan akbar News Straight Times, Norman mendedahkan bahawa filem animasi mereka ini akan ditayangkan di 80 buah negara apabila siap kelak, antaranya China, Korea Selatan, Jerman, Egypt, Arab Saudi, United Kingdon dan Poland.
“Tahun lalu kami telah memeterai perjanjian pra-jualan dengan 18 pengedar luar negara. Mereka teruja untuk menayangkan “Wheely” di negara masing-masing,” – Norman
Filem animasi 3D pertama terbitan KRU Studio yang bejudul “Ribbit” ditayangkan pada tahun 2014 yang mana ia berjaya mengutip lebih RM16 juta selepas ditayangkan di 70 buah negara.
Wheely kini masih dalam peringkat pos-produksi dan dijangka akan siap dan mula ditayangkan tidak lama lagi.