Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana Dalam Teaser Trailer “Spencer”

NEON dan Topic Studios telah melancarkan teaser trailer pertama untuk filem drama Spencer, yang dijadualkan tayangan pada 5 November ini. Trailer tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, menampilkan Kristen Stewart sebagai Diana, dan memberikan gambaran yang dijangkakan peminat dalam filem akan datang. 

Ditulis oleh Steven Knight (Peaky Blinders), Spencer akan merangkumi hujung minggu yang kritikal pada awal tahun 90an ketika Diana memutuskan perkahwinannya dengan Putera Charles tidak berjalan lancar dan dia perlu menjauhkan diri dari jalan yang membawanya menjadi permaisuri suatu hari nanti.

Berikut adalah sinopsis rasmi:

December, 1991: The Prince and Princess of Wales’ marriage has long since grown cold. Though rumours of affairs and a divorce abound, peace is ordained for the Christmas festivities at Sandringham Estate. There’s eating and drinking, shooting and hunting. Diana knows the game. This year, things will be a whole lot different.”

Filem ini tidak melibatkan kematian tragis Puteri Diana setelah dia meninggalkan kehidupan istana, tetapi akan melihat keretakan hubungan dengan suaminya dan cinta terhadap puteranya, Putera William dan Putera Henry.

Menyertai Stewart adalah Timothy Spall (Mr. Turner), Sally Hawkins dan Sean Harris. Filem ini akan diterbitkan Larrain bersama-sama Juan de Dios, Jonas Dornbach, Janine Jackowski dan Paul Webster

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment