Pelakon Kristen Stewart dilaporkan bakal membawa peranan Puteri Diana (Seberg, Underwater, Still Alice) dalam filem drama terbaru Spencer arahan Pablo Larraín (Jackie, Neruda, Lisey’s Story). Produksi akan bermula pada awal 2021, dan akan ditayangkan di Festival Filem Cannes Market.
Ditulis oleh Steven Knight (Eastern Promises, Peaky Blinders, Locke), Spencer merangkumi hujung minggu yang kritikal pada awal tahun 90an ketika Diana memutuskan perkahwinannya dengan Putera Charles tidak bertahan lama dan dia perlu menjauhkan diri dari perjalanan menjadi Ratu. Filem ini berlangsung selama tiga hari, dalam percutian Krismas terakhirnya di House of Windsor di ladang Sandringham mereka di Norfolk, England.
.Filem ini tidak akan melibatkan kematian tragis Puteri Diana setelah dia meninggalkan kehidupan istana, tetapi akan menceritakan keretakan hubungan dengan suaminya dan cintanya terhadap puteranya iaitu Putera William dan Putera Henry.
Spencer akan diterbitkan Larraín bersama-sama rakannya, Juan de Dios, Jonas Dornbach, Janine Jackowski, dan Paul Webster.
Sumber: Deadline