Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Krisis Antara Dwayne Johnson & Warner Bros. Terbongkar


Variety telah kongsikan satu laporan eksklusif yang memperincikan beberapa konflik yang melibatkan filem terbaru DC Black Adam, dan beberapa isu belakang tabir yang melanda projek itu. 

Laporan itu menyatakan bahawa sebelum James Gunn dan Peter Safran diambil menjadi CEO bersama DC Studios, Dwayne Johnson telah menyampaikan ideanya untuk masa depan DC Universe.

Menurut laporan itu, Johnson “secara langsung mengemukakan” perancangannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Discovery David Zaslav yang melibatkan Black Adam dan Superman (lakonan Henry Cavill) yang akan membawa kepada pertarungan Black Adam vs. Superman.

Walaupun pertemuan itu berlaku semasa “peralihan kuasa” di DC — bekas ketua DC Walter Hamada dan ketua filem Warner Bros. Toby Emmerich sedang bersedia untuk berundur pada masa itu — ramai yang tidak menyukai tindakan Johnson, dengan satu sumber menyatakan “Dwayne pergi berjumpa semua orang, yang mana ianya tidak bagus.”

Laporan lain menyebut, hubungan Johnson dan Warner Bros. Discovery “semakin tegang” sebelum tayangan perdana dan keputusan box office Black Adam yang mengecewakan. 


Johnson juga dilaporkan telah meminta pihak studio untuk memasukkan namanya sebagai penerbit di bahagian kredit untuk filem animasi DC League of Super-Pets, yang mana dia membintangi filem itu disamping Kevin Hart. 

Namun, dia tidak begitu mempromosikan filem tersebut walaupun meminta namanya dikreditkan sebagai penerbit. 

Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa Johnson juga “berkeras” untuk mempunyai bar tequila di tayangan perdana Black Adam di New York, yang menampilkan jenamanya, ‘Teremana’, walaupun filem itu diberi penarafan PG-13.

Menurut seorang sumber dalam laporan itu, “Johnson membuat banyak permintaan, tetapi tiada pulangan,” yang mungkin tidak menyebabkan peranannya dalam DC Universe semakin mengecil kerana ia gagal memberi sebarang pulangan. 


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee