Akhirnya, peminat siri manga dan animasi Ghost in the Shell dapat menyaksikan filem yang diadaptasikan dari siri tersebut pada tahun hadapan apabila Paramount Pictures merasmikan trailer pertama yang berlangsung di Tokyo baru-baru ini.
Karya Masumune Shirow ini diminati ramai peminat mangga terutamanya di Jepun sejak ianya mula diterbitkan pada tahu 1989.
Semasa meraikan pelancaran trailer pertama ini di Tokyo, pihak produksi telah memaparkan kostum, rekaan senjata dan conceptual art yang digunakan dalam penghasilan filem ini kepada umum.
Mari kita lihat gambar-gambar kostum, dan peralatan lain yang digunakan semasa membuat filem ini. Bermula dari kostum yang dipakai oleh heroin filem ini, The Major lakonan Scarlett Johansson.
The Major
Ketua skuad anti-terroris Cyborg yang diberi nama Section 9. Lakonan Scarlett Johansson, memiliki tubuh separa robot dan manusia.
Batou
Pegawai kedua ataupun pembantu The Major dalam Squad Section 9. Batou pakar penembak tepat dan memiliki skill mempertahankan diri yang tinggi. Bekas Sarjan dalam Tentera Ranger sebelum ditukar menjadi Cyborg. Batou merupakan Cyborg paling maju dan memiliki mata cybernatic yang memberi kelebihan visual kepadanya.
Watak Batou dibawa oleh Pilou Asbaek
Blue Robotic Geishas
Concept Art