Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kos Produksi Sekuel AVATAR Dianggarkan Mencecah $1 Billion Dolar

Sudah hampir sebelas tahun sejak filem pertama Avatar arahan James Cameron ditayangkan kepada umum, dan sejak itu, kita dijanjikan sekuel yang sering tertangguh. Seperti yang ditunggu-tunggu oleh penonton, pengarah terkenal itu akhirnya mengumumkan perancangan sekuel, bukan satu tetapi empat buat filem.

Tetapi tahukah anda, kos produksi empat buah filem sekuel itu mencecah $1 billion dolar?

Menurut laporan Deadline, harga untuk menghasilkan filem sekuel bernilai $1 billion dolar, tidak termasuk kos pemasaran. Ini bermakna, kos produski setiap filem mencecah sekurang-kurangnya $250 juta dolar, menjadi antara sekuel paling mahal yang pernah dihasilkan.

Bagaimanapun, melihat reputasi James Cameron, ia tidak menghairankan jika filem-filem arahannya menelan kos yang begitu besar memandangkan pengarah tersebut mempunyai visi dan imaginasi yang tinggi. Persoalan yang tinggal, mampukah sekuel Avatar memberi pulangan yang lumayan.

Kini segalanya bergantung kepada penonton, tetapi melihat populariti filem pertama Avatar, tidak mustahil sekuelnya mampu memberi kutipan yang diharapkan.

Penggambaran sekuel Avatar di New Zealand dijangka kembali seperti biasa bulan hadapan selepas negara kiwi itu berjaya mengekang penularan pandemik Cavid-19. Setakat ini, tarikh tayangan Avatar 2 kekal pada 17 Disember 2021 manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023.

Kepada peminat-peminat Avatar, adakah anda teruja untuk menyaksikan filem sekuel Avatar? kongsikan keterujaan anda diruangan komen.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment