Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Kos Produksi KL Wangan Cecah RM 7.1 Juta

Filem akan datang arahan pengarah dan pelakon Pekin Ibrahim, KL Wangan dikhabarkan sudah mencecah kos pengambaran sebanyak RM7.1juta. Menurut akhbar Harian Metro, pelakon terbabit memdedahkan kos tersebut meningkat dari RM6.9 juta kepada RM7.1 juta disebabkan penambahan sebanyak RM200 ribu.

Kos tambahan itu melibatkan penambahan 60 shot baru yang membabitkan babak aksi pertarungan yang memulakan penggambarannya semalam. Babak tambahan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat hari, minggu ini.

Pekin ditemui di set filem itu berkata, pertambahan babak itu untuk memantapkan lagi filem kedua arahannya selepas Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, dua tahun lalu.

“Kebetulan saya bertemu dengan pelakon aksi Indonesia, Donny Alamsyah di AIFFA (Festival Filem Antarabangsa Asean) di Sarawak beberapa bulan lalu.

“Kami menawarkan Donny dan pasukannya untuk bekerjasama dengan kami dan mereka bersetuju,” kata Pekin mewakili penerbit filem, Centro Pictures Sdn Bhd.

Donny Alamsyah adalah pelakon aksi popular Indonesia yang pernah muncul dalam filem aksi berjudul Merantau dan The Raid: Redemption.

Filem KL Wangan dijangka ditayangkan selewat-lewatnya pada bulan Disember tahun ini.

Sumber: Harian Metro

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Leave a Comment