Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kos Penggambaran Avengers: Infinity War Cecah $450,000 Dolar Sehari


Memandangkan filem Avengers: Infinity War menghimpunkan ramai watak utama dari filem-filem Marvel sebelum ini, mesti ramai peminat tertanya-tanya berapakah kos penggambaran filem terbaru Marvel itu.

Menurut laporan dari laman web Comicbook.com, Anthony dan Joe Russo, pengarah filem Avengers: Infinity War mendedahkan penggambaran filem mereka mencecah sehingga $450,000 dolar sehari. Malah mereka secara berseloroh berkata, kebanyakkan kos dikeluarkan untuk membayar gaji Robert Downey Jr.

“We give most of it to Downey,” Anthony Russo 

“It does break down that way where the cast does get a big percentage of it. These movies have been incredibly successful, there’s 18 of them, and typically as movies succeed, the cast can get more expensive,” 

Menurut mereka lagi, bayaran kepada pelakon serta penggunaan kesan VFX antara sebab kos penggambaran filem Avengers: Infinity War mencecah hampir setengah juta dolar sehari.


Laporan terbaru dari The Wall Street Journal menyebut, kos penggambaran sebenar untuk filem Avengers: Infinity War mencecah $300 juta dolar, menyamai filem Pirates of the Caribbean: At World’s End ($300m) dan Justice League ($300m). Ini menjadi kan Avengers: Infinity War antara filem paling mahal pernah dihasilkan. Setakat ini, filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides masih berada dikedudukan pertama filem paling mahal pernah dihasilkan dengan kos penggambaran mencecah $378 juta dolar diikuti Avengers: Age of Ultron dengan kos sebanyak $365 juta.

Penggambaran filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4 dijalankan secara berterusan bermula dari 23 Januari 2017 sehingga 14 Julai 2017. Anthony dan Joe Russo akan menemui editor Jeffrey Ford dan Matthew Schmidt pada Isnin ini untuk memulakan kerja menyelesaikan filem Avengers 4.

Avengers: Infinity War kini sedang ditayangkan dipawagam manakala Avengers 4 akan menemui penonton pada 3 May 2019.

Sumber: Comicbook.com


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee