Siri popular Netflix, Money Heist kini sedang perbincangan untuk dihasilkan ‘remake’ versi Korea.
Money Heist, juga dikenali sebagai The House of Paper, adalah siri drama jenayah Sepanyol yang berkisarkan sekelompok orang yang melakukan pencurian di Royal Mint of Spain, yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Profesor. Netflix memperoleh hak penstriman global pada tahun 2017 dan sejak itu menayangkan empat musim rancangan itu.
Pada 18 Jun, sumber industri filem mula melaporkan bahawa BH Entertainment dan ZIUM Content merancangn untuk menghasilkan ‘remake’ Korea Money Heist. Menurut sumber itu lagi, pihak syarikat dan Netflix telah bertukar-tukar idea dan kini sedang dalam fasa perkembangan dan perbincangan
“Memang benar bahawa kami telah mengambil langkah untuk membuat pembuatan semula ‘Money Heist’ dengan syarikat produksi ZIUM Content dan perkhidmatan streaming OTT [over-the-top] Netflix. Namun, setakat ini kami hanya berkongsi kandungan yang relevan dan belum ada yang diputuskan secara konkrit. “ ujar wakil BH Entertainment.
BH Entertainment merupakan agensi pengurusan untuk pelakon seperti Lee Byung Hun, Yoo Ji Tae, Go Soo, Han Hyo Joo, Han Ji Min, Kim Go Eun dan beberapa pelakon lain. Selain itu juga, agensi ini turut melancarkan pengeluaran kandungan. Baru-baru ini, mereka telah bekerjasama dengan syarikat Black Box Management yang berpangkalan di A.S. untuk membangunkan remake filem seram Korea Gonjiam: Haunted Asylum.
Jadi kepada peminat drama Korea, adakah anda berminat untuk melihat siri Money Heist versi Korea? dan siapa pelakon yang sesuai untuk membintangi siri tersebut? kongsikan pendapat anda diruangan komen.
Sumber: Soompi