Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kontroversi Prop China, “Joseon Exorcist” Akan Dibatalkan?


Drama terbaru SBS “Joseon Exorcist” dilaporkan akan dibatalkan susulan kontroversi penggunaan prop China dan memutarbelit sejarah Korea. 

Menurut laporan Ilgan Sports (via Koreaboo), “Joseon Exorcist”, yang baru menayangkan dua episod pertamanya, akan dibatalkan susulan kontroversi, dan pihak produksi telah menghubungi para pelakon untuk memberitahu mereka mengenai pembatalan tersebut. 

“Joseon Exorcist akan dibatalkan. Selepas kandungan yang berkaitan dengan episod dua dilancarkan, penonton tidak dapat melihat yang lain. Produser Shin Kyeong Soo ketika ini sedang menghubungi pelakon drama untuk memberitahu mereka mengenai pembatalan tersebut.” – dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sumber dalaman drama.

Sebaik sahaja “Joseon Exorcist” mula ditayangkan, rancangan itu menerima kecaman penonton kerana menggambarkan sejarah Korea dengan menggunakan produk China seperti telur pindang dan kuih bulan Cina.

Disebabkan kesilapan sejarah, sebanyak 20 syarikat termasuklah nama besar seperti BLACKYAK, Bodyfriend, Ace Bed, Hite Jinro, dan KT, telah membatalkan penajaan mereka. 


SBS telah mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi tersebut, tetapi ia masih tidak mencukupi kerana lebih 184 000 penonton telah menandatangani petisyen Blue House yang mendesak agar rancangan itu dikeluarkan dari siaran buat selama-lamanya. 


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee