Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kontroversi Kanibalisme, Armie Hammer Berundur Dari Siri “The Offer”

Selepas terpalit dengan kontroversi media sosial, pelakon Armie Hammer terpaksa mengundurkan diri dari peranan utama dalam siri terhad The Offer, lapor Variety.

Dua minggu lalu, Hammer turut melakukan pekara yang sama, berundur dari filem aksi rom-com Shotgun Wedding disebabkan kontroversi. Dia sepatutnya membintangi filem tersebut di samping Jennifer Lopez yang memainkan peranan utama.

Kontroversi melibatkan Hammer bermula apabila bekas kekasih dan beberapa wanita tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon itu yang dikatakan berkelakuan tidak sepatutnya dan sensitif. 

Ianya menjadi semakin hangat selepas akaun Instagram @houseofeffie mendedahkan tangkap layar yang menunjukkan mesej Hammer, yang masih berkahwin dengan Elizabeth Chambers, kepada beberapa wanita dari tahun 2016 hingga 2020. 

Tangkap layar mesej itu boleh dikatakan agak grafik kerana menunjukkan fantasi seksual melampau dan kanibalisme. Hammer bagaimanapun menafikan tuduhan itu. 

The Offer merupakan salah satu projek yang disertai Hammer, termasuklah filem pengintipan thriller The Billion Dollar Spy dan filem aksi rom-com Shotgun Wedding. 

 

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee