Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

KONSERT MINI ‘SHOWCASE LEJEN RIA’ BAKAL IMBAU NOSTALGIA

Siaran Akhbar

Program ‘Showcase Lejen Ria’ adalah sebuah program hiburan terbaharu berkonsepkan konsert mini eksklusif bersama barisan penyanyi legenda dalam industri muzik tanah air yang akan menghiburkan penonton dengan rangkaian koleksi lagu popular masing-masing sekaligus bakal mengimbau nostalgia untuk setiap lagu yang pernah menjadi siulan ramai.

Lima penghibur ikonik dengan latar belakang genre muzik yang berbeza iaitu Kumpulan Wings, Zamani & Ameng, Ella dan Anuar Zain bakal menggegarkan malam hujung minggu  menerusi empat buah konsert mini yang akan berlangsung selama 90 minit dari Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Konsert mingguan eksklusif ‘Showcase Lejen Ria’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh selebriti versatil, Dato’ AC Mizal selaku hos program yang akan mendalami perjalanan kembara seni serta pencapaian cemerlang barisan artis jemputan sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik. Selain itu, pelbagai perkongsian pahit manis dan pengalaman berharga yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini akan turut dicungkil menerusi program ini.

Rakaman program ‘Showcase Lejen Ria’ akan bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 Mac 2021 menerusi saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kumpulan Wings akan membuka gelanggang episod pertama program ‘Showcase Lejen Ria’ pada Ahad ini. Kemudian disusuli dengan penampilan istimewa Zamani & Ameng untuk episod kedua pada 28 Mac 2021. Ratu Rock Negara, Ella pula akan beraksi di episod ketiga pada 4 April 2021. Manakala penyanyi terkenal Anuar Zain pula akan melabuhkan tirai program ini menerusi episod keempat pada 11 April 2021.

Related posts

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha