Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Kong: Skull Island Review

Genre: Adventure / Aksi

Pengarah: Jordan Vogt-Roberts

Pelakon: Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly

Edaran: Warner Bros. Pictures.

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017

Durasi:

Apabila William Randa (John Goodman) menjumpai sebuah pulau yang tidak tercatat dalam mana-mana peta dan penuh dengan legenda dan kisah dongeng, dia bersama ahli geologi Houston Brooks (Corey Hawkins) sedaya upaya meminta dana dari Senator Willis untuk membolehkan beliau melakukan pengembaraan di pulau yang penuh misteri itu.

Kolonel Preston Packard (Samuel L. Jackson) pula yang kecewa kerana pengunduran tentera US dalam perang Vietnam menerima dengan hati terbuka arahan dari Jeneral untuk mengiring sekumpulan saintis dari Monach dan Landsat yang diketuai oleh Willian Randa untuk meneroka pulau tersebut. Kapten James Conrad (Tom Hiddleston) memganggap pengembaraan ditempat yang tidak pernah diterokai adalah satu misi bahaya manakala jurugambar anti-perang, Mason Weaver (Brie Larson) cuba membongkar rahsia yang cuba disembunyikan oleh kerajaan US yang menjalankan misi tersebut.

Sebenarnya pasukan Willian Randa sedang mencari makhluk gergasi di pulau yang dianggap purba dan tinggal dibawah permukaan Bumi. Tetapi sebaliknya mereka telah bertembung dengan Kong, raja di pulau tersebut yang cuba melindungi makhluk-makhluk yang terdapat pada pulau tersebut dari ancaman. Dan disitu mereka bukan sahaja mendapati Kong adalah makhluk gergasi di pulau tersebut, malah terdapat makhluk-makhluk lain yang begitu besar dan sangat merbahaya.

Skull Island, Pulau yang menyimpan pelbagai misteri

Itulah serba sedikit preview filem terbaru Kong: Skull Island yang juga merupakan filem kedua franchise MonsterVerse Warner Bros. dan Legendary Pictures. Kong: Skull Island juga merupakan prequel kepada filem Godzilla yang ditayangkan pada tahun 2014.

Filem ini menampilkan aksi-aksi yang boleh dikatakan agak “stunning” dan mendebarkan terutamanya apabila kumpulan pengembara tersebut berhadapan dengan makhluk gergasi seperti Kong, SkullCrawer dan labah-labah gergasi. Inilah kekuatan yang ada pada filem Kong: Skull Island.

Salah satu babak Kong yang menampilkan production details yang begitu baik

Production details juga sangat terbaik. Kita boleh melihat details pada tubuh Kong dengan lebih details dan juga beberapa scene yang begitu baik “angle”nya, teliti dan mempunyai ciri-ciri artistik. Sebagai contoh, scene Weaver diambil dari dalam air oleh Kong, babak semasa pasukan kalvari heli bertembung dengan Kong dengan berlatar belakangkan matahari terbenam dan juga semasa Conrad dan Weaver bersemuka dengan Kong. Scene-scene tersebut kalau di”freeze”kan dan di “screenshot”, kita akan dapat gambar foto yang begitu artistik.

Cuma plotnya mudah dijangka, sepertimana filem Godzilla, Kong juga menampilkan pertarungan antara ketua SkullCrawler dan Kong. Begitu juga konflik antara dua kumpulan yang mahu melihat Kong dibunuh manakala satu lagi kumpulan mahu menyelamatkan Kong. Agak cliche dan tiada keistimewaan, mujur aksi dan grafik yang ada pada filem ini berjaya menutup kelemahan filem Kong. Jika dibandingkan dengan filem King Kong 2005, filem tersebut lebih baik dari filem ini.

Kong gagal menampilkan hubungan antara pelakon wanita dan Kong seperti mana filem-filem King Kong yang lain

Walaupun filem ini dibarisi A-list aktor, cuma Samuel L. Jackson yang paling menonjol. Dia berjaya menunjukan karakter seorang pegawai tentera yang sangat berdendam dengan Kong kerana membunuh anggota tenteranya. Mungkin kerana terdapat dua situasi dalam filem ini yang menyebabkan peranan pelakon-pelakon lain kelihatan kurang menonjol.

Secara keseluruhannya, Kong: Skull Island adalah sebuah filem yang baik dari segi grafik dan aksi dipamerkan tetapi dari segi perjalanan cerita, filem Kong: Skull Island tidak dapat menandingi filem King Kong 2005. Namun, ia tidak menghalang kami memberikan rating yang tinggi kerana aksi dan grafiknya membuatkan kami kagum dengan filem kedua franchise siri MonsterVerse ini.

Rating: 8.5/10

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment