Kong: Skull Island. Filem Kong vs Godzilla pada tahun 2020
Warning: Major Spoiler untuk filem Kong: Skull Island
Tak sabar menunggu filem monsterverse terbaru, Kong: Skull Island yang akan ditayangkan pada 7 Mac ini? Tak sabar bukan. Sabar dahulu. Kita kongsikan sedikit info mengenai filem Kong: Skull Island ini. Tahukan anda pada Kong: Skull Island adalah filem keduaĀ siri Monsterverse Lagendary Pictures dan prekuel kepada filem Godzilla yang ditayangkan pada tahun 2014? Dan pada tahun 2020, anda akan menonton filem terakhir dan paling ultimate dalam MonsterVerse ini, iaitu filem Kong vs Godzilla.
Mesti ramai yang pelik dengan crossover ini bukan? dan apa kaitan antara Godzilla dan Kong? Ok kami akan mulakan dengan sejarah pulau yang dikenali sebagai Skull Island. Pulau tersebut adalah pulau fictional dan pertama kali muncul dalam filem King Kong pada tahun 1933 dan terletak berdekatan Sumatera, Indonesia.
Pulau Pra-Sejarah tersebut dihuniĀ pelbagai makhluk gergasi termasuklah gorilla gergasi yang dikenali sebagai Kong. Antara makhluk lain yang ditunjukan dalam trailer Kong: Skull Island yang dipercayai wujud di pulau tersebut ialah Skullcrawlers (biawak gergasi), labah-labah gergasi, kerbau air, sotong gergasi dan beberapa serangga gergasi. Kesemuanya sangat merbahaya dan menakutkan.

Dalam reboot monsterverse 2017, pulau tersebut dijumpai oleh satelit LANDSAT dan satu ekspedisi telah dihantar ke sana untuk mengembara dan membongkar rahsia yang terdapat pada pulau yang tidak pernah dijejaki oleh manusia di zaman moden. Kenapa kami mention reboot 2017? ini kerana keseluruhan filem Kong dan Godzilla dibuat semula dan filem Kong: Skull Island adalah prekuel kepada filem Godzilla yang diterbitkan pada tahun 2014.
Footage filem yang sama?
Antara kaitan Kong dan Godzilla ini ialah footage letupan nuklear yang ditunjukan dalam opening sequence filem Godzilla 2014 dan TV Spot filem Kong: Skull Island. Kedua-dua footage dari dua filem yang berbeza menunjukkan scene yang sama iaitu letupan nuklear yang berlaku pada tahun 1954 disebuah pulau.

Berdasarkan info yang kami ambil dari laman web Screenrant, letupan nuklear tersebut bukanlah ujian nuklear tetapi mereka cuba membunuh “sesuatu” iaitu Godzilla dengan mengumpan makhluk tersebut ke pulau dan meletupkannya dengan bom Nuklear.
Malah dalam TV Spot filem Kong: Skull Island, karakter Bill Randa mengatakan letupanĀ nuklear pada tahun 1954 bertujuan membunuh sesuatu bukannya ujian.
āThis Islandās notorious for the number of ships and planes that have gone missing. The 1954 nuclear tests werenāt tests, they were trying to kill something.ā
Kong: Skull Island TV Spot
Opening Scene Godzilla 2014
Kaitan antara dua filem ini bermula pada filem Godzilla 2014. Ingat satu organisasi yang dikenali sebagai Monarch dalam filem berkenaan? Organisasi tersebut kelihatan seperti tahu mengenai kewujudan makhluk-makhluk gergasi terutamanya Godzilla. Organisasi ini jugalah yang mengkaji dan menyebabkan makhluk M.U.T.O terlepas dari fasiliti mereka dan menyebabkan kemusnahan besar di beberapa bandar-bandar di US.
Bagaimana Monarch tahu dan mempunyai banyak info mengenai Godzilla dalam filem berkenaan? Ok kita kembali ke masa lampau melalui opening screen filem Godzilla.
Dipermulaan filem Godzilla, ada menunjukan dokumen berjudul “Project Monach” merujuk kepada satu projek yang dilakukan pada tahun 1954 oleh kerajaan US dan organisasi rahsia yang dikenali sebagai Monach. Projek berkenaan bertujuan mahuĀ meletupkan seekor makhluk gergasi yang sedang berenang dilautan. Makhluk tersebutĀ dinamakan Godzilla. Dan sejak dari itu, mereka mempunyai banyak maklumat mengenai makhluk berkenaan.
Kemudian, dalam eventĀ Kong: Skull Island, yang mana timeline nya 45 tahun sebelum event Godzilla, Monarch yang sudah lama mengentahui kewujudan Godzilla telah mengumpulkan sepasukan kumpulan saintis dan askar untuk melakukan pengembaraan ke sebuah pulau pra-sejarah yang dikenali sebagai Skull Island, pulau misteri yang tidak wujud dalam peta dunia dan telah menyebabkan banyak kapal terbang dan kapal hilang apabila melalui dikawasan tersebut. Monarch mensyaki terdapat “sesuatu” dikawasan tersebut yang telah menyebabkan banyak insiden misteri berlaku pada kapal dan kapal terbang apabila melalui kawasan pulau tersebutĀ (Rujuk pada video TV Spot diatas).
Pada waktu itu, pasukan tersebutĀ tidak mengentahui kewujudan Godzilla kecuali beberapa saintis dari organisasi Monarch, Kita assume disini, saintis-saintis berkenaan memperdayakan mereka untuk membuatkan mereka membantu Organisasi Monarch mencari makhluk yang dicari, iaitu Godzilla bukannya menjalankan pengembaran meneroka ke Pulau yang tidak pernah dijejaki oleh manusia itu. Tetapi pencarian saintis dan pengembaraan pasukan berkenaan membawa mereka menemui makhluk-makhluk gergasi yang lain termasuklah Kong.
Jadi kemungkinan, Skull Island adalah tempat asal Godzilla memandangkan kawasan tersebut dihuni oleh pelbagai makhluk gergasi yang lain termasuklah Kong. Kita beranggapan, misi Monarch dan pengembara (yang dimanipulasi oleh Monarch) ke pulau berkenaan adalah untuk mencari tempat tinggalĀ Godzilla dan kemudiannya melenyapkan pulau tersebut kerana bimbang makhluk-makhluk berkenaan akan menyebabkan malapetaka pada bumi ataupun mungkin Monarch mahu mencari makhluk gergasi yang lain setelah mereka mengenal pasti beberapa makhluk lain selain Godzilla sepertiĀ Rodan, Mothra dan King Ghidorah.
So, kaitan antara Kong dan Godzilla dalam dunia MonsterVerse telah dihubungkan oleh Monarch yang mahu mencari lebih banyak lagi makhluk-makhluk gergasi yang dipercayai wujud dimuka bumi ini.
Kong: Skull Island akan ditayangkan di pawagam tanah air pada 8 Mac ini.