Konflik Dalaman Punca Pembikinan Filem Pacific Rim 2 Ditangguhkan

0
495
views

Pacific-Rim-Jaeger-on-beach

Berita kurang enak buat peminat-peminat filem Pacific Rim apabila khabar angin mengatakan bahawa pembikinan dan penghasilan filem sekuel, Pacific Rim 2 menghadapi masalah yang agak kritikal dan berkemungkinan tidak akan dihasilkan.

Ini gara-gara kontrak kerjasama diantara dua syarikat produksi yang menghasilkan filem tersebut, Universal dan Legendary Entertainment bakal tamat dalam tempoh setahun lagi. Ini ditambah dengan krisis diantara syarikat Universal dan Ceo Legendary yang bakal menyebabkan kerjasama diantara mereka akan tamat.

Baru-baru ini kami ada mengeluarkan berita mengenai sekuel filem arahan Guillermo del Toro ini yang akan dihasilkan dan telahpun memberi tarikh tayangan iaitu pada 201 7 nanti. Malah proses pembikinan filem yang diberi nama Maelstrom ini sepatutnya bermula pada tahun ini.

Filem Pacific Rim adalah hasil kerjasama diantara kedua-dua syarikat terbabit, dan situasi ini bakal menyebabkan tarikh tayangan mungkin diubah, atau dibatalkan terus. Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang menyatakan kemungkinan proses pembikinan akan ditangguhkan.

Filem pertama Pacific Rim boleh dikatakan agak berjaya dan ramai penonton meminati filem ini sehinggakan ada yang menanti sekuelnya. Malah, syarikat Legendary turut gembira dengan keuntungan yang dijana dari filem ini terutamanya dari pasaran China.

pacific-rim-charlie-hunnam-rinko-kikuchi1

Pacific Rim dibintangi oleh Charlie Hunnam dan Rinko Kikuci, malah pengarah del Toro memaklumkan bahawa karakter yang terselamat dalam sekuel pertama akan dikekalkan dalam filem kedua.

Nasib filem ini bakal ditentukan dengan prestasi projek-projek terbaru Legendary, terlampau banyak kegagalan untuk mendapatkan status 'Box Office' boleh meretakan kerjasama diantara Legendary dan Universal.

Filem Pacific Rim pada kami sebuah filem aksi sains fiksyen yang sangat menarik, agak mengecewakan jika tiada sekuel dihasilkan. Kami yakin, sekiranya ianya dihasilkan, pasti memberi pulangan yang besar kepada mereka. Kami akan kemaskini status pembikinan filem aksi ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here