Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

KOMFIT Pertikaikan Sikap Pilih Kasih Stesyen TV

amerul-affendi

Komuniti Filem Titiwangsa atau KOMFIT semalam membidas sikap pilih kasih dan mementingkan rupa dua stesyen televisyen terhadap pelakon untuk terlibat dalam program atau rancangan stesyen berkenaan. Melalui status Facebook yang dikeluarkan oleh komuniti tersebut, alasan untuk tujuan publisiti dan promosi adalah satu alasan yang bodoh dan amat keji.

Dalam artikel sebelum ini, pelakon berbakat Amerul Affendi kecewa dengan sikap pilih kasih dua stensen TV iaitu TV 3 dan TV9  yang hanya memandang rupa dari bakat dalam drama-drama yang melibatkan stesyen TV berkenaan.

Malah, antara faktor lain untuk artis terlibat dengan stesyen berkenaan adalah jumlah follower yang ramai di laman sosial. Tiada krateria berikut, artis tersebut akan disingkirkan dari listing mereka.

“Sikap stesen TV yang lebih mementing dan mengutamakan rupa paras dari bakat serta mendahulukan pelakon yang lebih ramai pengikut di media sosial berbanding mutu dan komitmen lakonan seseorang pelakon dengan menggunakan alasan publisiti dan promosi adalah sesuatu yang amat bodoh dan keji,” – KOMFIT

KOMFIT juga menyifatkan perkara yang semakin bermaharajalela dalam industri penyiaran negara ini sebagai suatu kerugian besar kepada industri apabila gejala buruk, jahat, tidak professional dan tidak adil sebegini diamalkan oleh stesen televisyen.

Dengan pendedahan dan luahan pelakon Amerul Affendi, maka kita dapat melihat kenapa lakonan segelintir pelakon-pelakon cantik dan kacak terutamanya yang baru begitu hambar dan membosankan dalam drama TV. Jelaslah mereka ini dipilih atas merit memiliki wajah yang kacak, cantik dan menarik semata-mata.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment