Kluang Man Zero: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

0
971
views

Seperti yang kita tahu, sebuah produksi Chameleon Film sedang menghasilkan filem KluangMan Zero dan akan diarahkan oleh pengarah filem Rizal Halim serta diterbitkan oleh saudara Aziz M. Osman. Rizal Halim yang juga pemilik Chameleon Film pernah mengarahkan sebuah filem suspend thriller Australia berjudul Lurking Woods dan pernah ditayangkan di Malaysia awal tahun ini.

Kluang Man merupakan siri animasi tempatan yang pernah popular sekitar tahun 1996 sehingga 1998. Kluang Man pernah diura-ura bakal di "live-action" kan pada tahun 2015, tetapi perkembangan filem berkenaan tidak diketahui dan dianggap tidak diteruskan. Kemudian, pada pertengahan tahun 2017, Azhar Sulaiman dan Yusri KRU pula mendedahkan yang mereka dalam proses perancangan filem Kluang Man. Bagaimanapun, berita terbaru yang didedahkan oleh Cinema Online pada 28 September 2017 yang lalu mendedahkan Rizal Halim bakal menerbitkan filem Kluang Man.

Tidak dipastikan samada versi Azhar Sulaiman dan Rizal Halim ini sama atau tidak, tapi apa yang kami tahu, Rizal sudah mula mengorak dalam menghasilkan filem Kluang Man versinya dan turut berkongsi watak-watak yang bakal muncul dalam filem arahannya itu dilaman Facebook beliau.

Anda boleh lihat watak-watak tersebut dibawah serta barisan pelakon yang bakal membintangi filem ini:-

Antara pelakon-pelakon yang bakal membintangi filem Kluang Man Zero adalah Erwan Razak, Baharin Zahanor, Sham Sunder Binwani, Daeng Amer Omar, & Sabrina Ali. Manakala pelakon dari Singapura, Aric Hidir Amin dikatakan bakal membawakan watak utama sebagai Kluang Man atau Borhan.

Buat masa ini, pengarah Rizal Halim memberitahu dilaman Facebook bawah Aric Hidir Amin sedang menjalani latihan seni mempertahankan diri di Indonesia bagi memantapkan aksi-aksi berlawan dalam filem itu nanti.

Antara perubahan yang bakal ditunjukan dalam filem superhero ini adalah kostum yang bakal digunakan oleh Borhan nanti. Kelihatan sut tersebut mirip seperti sut karakter superhero DC, iaitu Batman. Berwarna hitam dan sangat "badass" , cuma tertera logo Kluang Man dibahagian dada. Berbeza dengan kostum asal yang berwarna merah jambu & coklat.

Tarikh pengambaran filem setakat ini tidak diketahui dan Rizal Halim mahupun penerbit Aziz M. Osman masih belum mengumumkan tarikh rasmi tayangan filem superhero tempatan ini. Dijangkakan filem ini akan ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air pada tahun hadapan.

Apapun kami akan bawakan berita-berita terkini mengenai Kluang Man Zero kepada anda semua. Tungguuuu...

Sumber: Rizal Halim

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here