Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kluang Man Bakal Dihasilkan Kembali Selepas Senyap Beberapa Tahun?

Pada tahun 2015 yang lalu, filem Superhero tempatan, Kluang Man dikatakan bakal dihasilkan oleh sebuah produksi. Berita tersebut telah mengembirakan peminat-peminat filem tempatan khususnya kepada peminat superhero tersebut kerana sudah lama menantikan siri kartun tersebut di “live-action”kan dalam bentuk filem.

Namun selepas beberapa tahun, berita pembikinan filem tersebut senyap tanpa khabar berita dan kami beranggapan pembikinan filem itu telah berkubur. Tetapi pada 25hb Mei yang lalu, bekas pelakon Azhar Sulaiman telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan dia sedang melakukan meeting bersama pengarah KRU Studio, Yusri KRU membincangkan filem yang senyap sebelum ini bakal dihidupkan kembali.

Jadi adakah ini petanda, filem yang tergendala sebelum ini bakal diteruskan kembali dan bukan sekadar berita kosong? Diharap pertemuan mereka bukan terhenti setakat ini kerana peminat filem tempatan sudah lama menunggu untuk melihat satu lagi adiwira tempatan muncul dalam versi live action.

Sebelum ini, peminat telah melihat adiwira Cicak-Man lakonan Saiful Apek dan Zizan Razak muncul di layar perak dan akan datang Badang, filem lakonan jutawan kosmetik Aliff Syukri. Kini kita akan dapat melihat Kluang Man pula beraksi dalam bentuk filem.

Filem Kluang Man yang dikatakan akan dihasilkan pada tahun 2015 oleh produksi Knockfilms sebelum senyap tanpa berita

Cuma buat masa ini, tiada details mengenai filem Kluang Man samada dari segi pemilihan pelakon atau plot didedahkan oleh pihak terbabit. Cuma pembabitan KRU Studio pasti memberikan sebuah filem adiwira yang gempak pada penonton nanti memandangkan reputasi KRU Studio dalam penggunaan CGI serta penerbitan filem dan studio terbabit pernah menghasilkan beberapa filem besar dan filem adiwira seperti Hikayat Merong Mahawangsa  dan Cicakman.

So, kepada peminat filem tempatan, apa harapan anda apabila filem Kluang Man ini bakal dihasilkan?

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment