Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Klip Video LOKI: Tom Hiddleston Dibebankan Dengan Tujuan Murni

Selepas mengeluarkan video promo Marvel Cinematic Universe pada 3 Mei yang lalu, Marvel Studios terus menggoda peminat dengan video terbaru Fasa 4 MCU menerusi ‘sneak peek’ Loki, yang juga siri ketiga MCU di Disney+. Video tersebut memaparkan rakaman terbaru Tom Hiddleston sebagai villain kegemaran peminat, Loki. 

Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah. 

Pemenang Golden Globe Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem “Avengers: Endgame”, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka. 

Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dikhabarkan akan membawa peranan Lady Loki.

Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron menjadi pengarah. Hiddleston telah mengoda peminat dengan berkata penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan. 

Siri enam episod ini dijadualkan tayangan pada 11 Jun ini, eksklusif di Disney+

Related posts

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee

Leave a Comment