Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Terbaru Zombieland: Double Tap Perkenalkan Peraturan No. 52

Sony Pictures melancarkan satu lagi klip terbaru dari filem Zombieland: Double Tap yang memaparkan panyamar Tallahasse dan Columbus melanggar salah satu peraturan kelangsungan hidup, iaitu Peraturan No. 52. Apa dia peraturan tersebut? anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah, Ruben Fleischer serta penulis skrip, Rhett Reese dan Paul Wernick kembali terlibat dalam projek sekuel ini. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin turut meneruskan watak masing-masing.

Sekuel kali ini menyaksikan Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Filem Zombieland pertama yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment