Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Terbaru X-Men: Dark Phoenix Paparkan Misi Bahaya Di Angkasa

20th Century Fox melancarkan satu lagi klip filem X-Men: Dark Phoenix. Klip tersebut memaparkan misi bahaya yang dilalui ahli-ahli X-Men. Anda boleh tonton klip tersebut dibawah.

X-Men akan berhadapan dengan musuh yang paling berkuasa, iaitu salah seorang daripada mereka, Jean Grey. Semasa menjalankan misi menyelamat di angkasa, Jean hampir terbunuh apabila dia terdedah pada tenaga kosmik yang agak misteri. Selepas dibawa pulang, tenaga tersebut bukan sahaja membuatkan dia lebih berkuasa, tetapi ianya tidak stabil. Ketika bergelut dengan entiti yang berada didalamnya, Jean mengeluarkan kuasa yang sukar untuk dikawalnya.

Apabila Jean gagal mengawal kuasanya dan mencederakan orang yang paling dicintainya, dia mula merobek ikatan kukuh yang diantara X-Men. Kini, keluarga X-Men telah berpecah, mereka perlu mencari jalan untuk bersatu – bukan sahaja untuk menyelamatkan Jean, tetapi untuk menyelamatkan Bumi dari makhluk asing yang mahu menggunakan kuasa yang ada pada Jean Grey sebagai senjata dan memerintah galaksi.

Advertising

X-Men: Dark Phoenix yang menampilkan kembali beberapa pelakon asal seperti Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver).

Simon Kinberg bertindak selaku penulis dan pengarah filem ini. Dia juga bertindak selaku penerbit bersama  Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 6 Jun 2019

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman