Klip Terbaru The Predator Tunjukkan Pertarungan Sesama Sendiri Predator

0
61
views

Filem The Predator bakal ditayangkan tidak lama lagi, dah demi merancakkan tayangan filem tersebut, studio 20th Century Fox melancarkan sebuah klip dari filem The Predator untuk ditonton para peminat filem tersebut. Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah.

Filem The Predator merupakan sebuah filem terbaru dari franchise Predator. Diarahkan oleh salah seorang pelakon asal The Predator, Shane Black. Filem ini ditulis sendiri oleh Shane Black bersama-sama Fred Dekker. The Predator adalah sambungan dari dua filem awal franchise tersebut dan bukan reboot kepada keseluruhan siri. Filem ini diklasifikasikan sebagai ‘Restricted’ atau R-Rated atau 18 keatas berdasarkan klasifikasi filem negara ini.

Bertempat disebuah pekan kecil, seorang remaja secara tidak sengaja telah menyebabkan kedatangan Predator ke Bumi. Kali ini, pemburu dari angkasa itu lebih menakutkan dari sebelumnya. Ianya lebih kuat, pintar dan menakutkan. Nasib manusia bergantung kepada sekumpulan bekas tentera dan seorang guru sains untuk menghapuskan pemangsa ini.

The Predator bakal menampilkan beberapa pelakon ternama antaranya Boyd Holbrook, Olivia Munn, Trevante Rhodes, Keegan-Michael Key, Thomas Jane, Jacob Tremblay, Yvonne Strahovski, Alfie Allen, Sterling K. Brown dan Edward James Olmos.

Filem ini bakal ditayangkan dipawagam pada 14 September 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here