Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Klip Terbaru Star Wars 7 Memaparkan Pertarungan Finn Vs. Kylo Ren

star-wars-force-awakens-poster-drew-struzan

Baru – baru ini, laman instagram rasmi filem Star Wars telah memaparkan klip pendek pertarungan antara Kylo Ren dan seorang lagi watak baru filem Star Wars: The Force Awakens, Finn lakonan John Boyega. Klip berdurasi 9 saat itu juga turut memaparkan karakter Rey lakonan Daisy Ridley seorang pencari barang lusuh yang tinggal di Planet Jakku.

Dengan paparan klip video tersebut, pihak Lucasfilm telah memberi sedikit sebanyak hint kepada kita siapakah yang bakal menjadi Jedi terbaru selepas Luke Skywalker. Ini memandangankan dalam klip tersebut kelihatan Finn sedang bertarung dengan Kylo Ren dengan menggunakan Lightsaber berwarna biru, senjata yang sinonim dengan Jedi yang menggunakan lightsaber berwarna biru. Ini bermakna, Finn mempunyai sedikit sebanyak pengentahuan tentang kuasa Jedi.

https://instagram.com/p/65PhxOs_RH/

Dalam filem terbaru arahan J.J. Abrams, Finn merupakan bekas stormtroppers (rujuk trailer ini) manakala, Kylo Ren adalah watak antogonis terbaru selepas Darth Vader. Namun menurut beberapa laman web hiburan, Kylo Ren masih belum menjadi Sith Lord seperti mana watak-watak jahat dalam filem-filem sebelumnya.

Tidak banyak info mengenai sinopsis filem ini, namun banyak khabar angin dari laman web perfileman antarabangsa yang membayangkan, Rey dan Finn sedang dalam misi mencari Luke Skywalker ( Mark Hamill) diserata planet dan pencarian mereka membawa mereka berjumpa dengan karakter Han Solo (Harrison Ford) dan Chewbacca (Peter Mayhew).

Apapun kita tunggu tayangan filem Star Wars: The Force Awakens yang bakal menemui penonton pada 18 Disember 2015. Kami juga mempunyai info yang lagi radikal, Luke Skywalker adalah Kylo Ren yang sebenarnya? Tunggu entry berkenaan Luke Skywalker akan datang.

Related posts

United International Pictures Dedah Tarikh Tayangan “A Quiet Place Part II” Di Malaysia

Kakimuvee

Paramount Tunda Tarikh Tayangan “Top Gun: Maverick” & Sekuel “Mission: Impossible”

Kakimuvee

Netflix & Sony Meterai Perjanjian Perlesenan Streaming

Isqandar

Promo Terbaru “Mortal Kombat” Menampilkan Raiden, Jax, Liu Lang & Kung Lao

Kakimuvee

Netflix Debut Poster Terbaru “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

WarnerMedia Announces Black & White Version Of Zack Snyder’s Justice League & Launch DC Consumer Products In conjunction With The Movie

Kakimuvee