Video

Klip Terbaru Monster Hunter Pamerkan Diablos & Rathalos

Views

Sebuah klip video Monster Hunter telah dikongsikan kepada peminat.

Dalam video tersebut, ia memamparkan pengarah Paul W.S. Anderson bersama penerbit dan pengarah permainan video Monster Hunter, Ryozo Tsujimoto dan Kaname Fujioka. Anderson membincangkan tentang bagaimana rekabentuk makhluk raksasa dalam filem itu mendapat inspirasi dari model asal permainan video. Paling jelas, peminat dapat melihat Diablos dan Rathalos. 

Kedua-dua pencipta permainan video itu kelihatan bersetuju dan berterima kasih kepada Anderson kerana melakukan perubahan yang mereka cadangkan. Selain itu juga, ia memaparkan Milla Jovovich tidak menggunakan peralatan ketenteraan sepanjang perjalanan filem. Sebaliknya, ia akan menggunakan pakainan dan senjata seperti dalam versi permainan video.

Anda boleh saksikan video dibawah.

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya akan berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Milla Jovovich akan memainkan peranan sebagai Lieutenant Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.

Filem ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks